Monday, 14 November 2011
Tips Jadi 'Wanita Melayu Terakhir' a.k.a 'Keayuan' .. Jom Check Dan Ubah !
1. Jangan banyak berangan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.
*Walaweh ,jangan banyak berangan?whooaa,hey ! tiap saat aku pikir nak kawen,huh..camne tuh ?hahaa.. jangan tidur siang hari? adeeii mak aii,ni WAJIB doe !
2. Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.
*Sengau tak ler tapi jangan cakap kuat dan bernada lembut memang TAK leh ubah laa kan sebab aku da biasa laa. haishh ..
3. Menjaga cara bercakap.Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi sepertibosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.
*Ouh,baru aku tau. Pasni tak nak wat laa kang muka berkerut. Tak mo !
4. Makan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah segar patut selalu dimakan.
*Ni memang febret aku dari kecik, so mudah jek. bak kata family aku laa, "adik iymah ni tolak batu ngan kayu je,semua die bedal" ngeh .. ngeh .. ngeh !
5. Jangan gunakan bedak yang sembarangan.Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka.
*Bedak ?kalau keluar baru guna bedak compact,kalau bedak sejuk lagi lah aku suke guna sebab mak aku guna da 60an pon lawa lagi,bersih jek tapi aku guna tak lawa-lawa pon ke da umur 60an baru effection bedak sejuk terserlah? upss ..
6. Menjaga cara berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak.
*adooiii ,ni paling payah di abad ini ! aku da terbiasa jalan macam pelesit laa. ni gara-gara ke'displinan' mak aku yang garang buat semua kerja yang aku lakukan cepat,pantas efeksyen.(hahaa,alasan tak leh blaa laa ko iemah ! ) tapi memang betul , aku susah untuk jalan sopan,slow sebab dari kecik aku camni,sampai semua cakap aku kelam kabut tapi bukan sengaja bhaa.takpe, belajar dari teguran :)
7. Menjaga gerakgeri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.
*aku duduk atas kerusi memang terbaik laa kan sampai orang kat sebelah nak kena siku aku dah sebab aku memang tak leh duduk diam walau 1 minit , camne ?
8. Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.
*haa, meh aku nak citer . aku 'penat' sikit nak senyum sebab bibir kecik (bibir aku lain macam sikit sebab gara-gara main sofbol dulu kecik-kecik) bak kata member laa, gigi ke dalam . huahahaa tp pedahal kalau da buat lawak bodo ,memang tak ingat da nak ketawa sederhana ke kecik ke bosaa.huhu :)
9. Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi.
*ni salah satu tabiat yang aku nak buang gak. suka pandang liar kat orang sekeliling. jahat kan? bila orang pandang aku,tau lak aku maki hamun dalam hati so, aku nak try buang.hehee ..
P/S : so , korang ada persamaan RAHSIA di atas tak ? kalau takde, jom ubah sama-sama ngan aku sebab aku 1 je ada dalam petua nih ,ngeh .. ngeh *.*
#Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah
nasib sesuatu kaum sehingga mereka
mengubah keadaan yang ada pada diri mereka
sendiri
Surah Ar-Ra’d (ayat 11)
ok , selamat mencuba ! nites ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya harap akak dapat berubah begitu juga saya. saya nak ubah diri saya sebab dunia inie sekarang kurang perempuan melayu terakhir. itu je terima kasih. assalamualaikum
ReplyDelete