Tuesday 1 January 2013

Views

Assalamualaikum 

 

Byee 2012 ..
Semoga kau pergi tanpa meninggalkan apa-apa kesan dalam hidup aku dan kita semua.

Sebenarnyaa ,dalam setiap tahun kita lalui dengan pelbagai suka ataupun duka.
Eh,bukan takat tahun taw ..hari jugak .
For example :
semalam kena marah ngan mak … harini dapat duit dari mak
*merepek punya contoh* hahahaaaa. Tapi  kalau kita kaji ,betul kan.
Kita tak pernah tahu apa yang akan jadi hari esok .
Kita hanya merancang tapi Tuhan yg tentukan samada apa yang kita rancang itu
Jadi mahupun tidak.
Tapi ,Alhamdulillah ..aku mampu tersenyum lebar apa yang aku rancang dan aku ingini berjaya aku capai utk tahun 2012.Aku sempat kerja walaupun hanya sebulan ,aku dapat masuk CIAST setelah lama aku tunggu application  nya buka.SEE ! Allahhuakbar ..apa yang rancang ,semua aku dapat hadapi walaupun hakikatnya agak sukar .

Dan tahun 2012 jugak memberi tamparan yg agak hebat dalam hidup aku .
 ya Tuhan ,kali ini kali ketiga aku begini . Sumpah,aku tak kuat sebenar nya ..
tapi ,takpe lah ..Allah besar kuasaNya ,biar Dia yg tahu dan balas kan ..
biarlah aku pergi jauh dari hidup mereka dan sila buang aku jauh dan maafkan aku
kalau selama ini aku jahat di mata anda ..
cukuplah aku menjadi anak yg taat di mata emak ,
seorang adik yg ceria/happening di hati kakak dan abangku
dan kawan yg setia  kepada kawan-kawan ku ..itu dah memadai .
dan aku KUAT di samping mereka !

Selamat Tahun Baru !
Holla 2013 !
Bila tahun baru jek mesti kita akan created azam baru kan ..pastu yg lama kita akan abaikan.
Kekadang tu lupa da azam tahun lepas tah buat tah tak ,kihkihkihkiiiih.
Alaa ,biasa laa tu ,aku pon sama  :D
As usually ,aku pun ada azam tahun baru tahun ni .
Yeaayyy ! *eh ,pesal lak tetibe tah*

Dapat menjadi anak yang TAAT,
Adik yg happening/baik kepada abang & kakak,
*makcik yg baik kepada anak buah,nenek yg comel kepada cucu* - aku da nenek taw
Dan kawan yg setia..
Dapat mencapai cita-cita !
*jadi pengajar vokasional yg awesome dan baik*
Cool dan taknak da kelam kabut
*jadi seorang relaks*
Nak ubah diri menjadi seorang yg lembut sikit :P
Tabah dan sabar menghadapi anasir-anasir yg menimpa dan merimasskan !
Semoga apa yang aku azam kan utk tahun 2013 akan tercapai .. ameeen~
Aku tak ingin memandang ke belakang ,kiri mahu pun kanan sebab aku ingin melangkah kehadapan sahaja J
Jika aku pandang ke belakang ,aku akan ketinggalan ..
Jika ke kiri dan kanan ,aku akan lalai melayan anasir-anasir yg tak penting dalam hidup aku .
So ,aku akan jalan dengan jalan aku sendiri .
WALK ON MY WAY ! 

 
 jika tahun 2012 memberi aku SERIBU senyuman ..
semoga tahun 2013 memberi aku SEJUTA senyuman !

No comments:

Post a Comment

hey ,u can post your comment here !
thanx :) for read & comment yaww !