Monday 22 April 2013

i won 2nd place essay contest :)

Views
Assalamualaikum .
da lama aku tak update blog. last by march ekk.
lagipun kalau aku update pon takde citer best pon nak buat. hee
kali ni aku nak cerita yang aku masuk contest tulis essei
by blogger muslimah yang femess ,DENA BAHRIN (*sesape yg tak kenal dan tak pernah kenal,sila google ye)
di pendekkan cerita, aku scroll instag .lepas tu tengok dia update pasal contest tu...


                      

aku pulak malam tu tak dapat tidur.baca contest ni tajuk 'inspired'
eh,macam best..nak join laa sharing cerita. bukan hadiah aku mintak sangat pon.
pastu terus bukak lappy,menaip laa .. idea meluap-luap masa tu.. hehee. lepas siap,terus emel ..


Nah, ni hasil penulisan aku. and the tittle my inspired is 'ABAH'


Abah hensem ,
abah kuat sangat .
abah lembut .tak garang macam mak ..
abah selalu pesan ,nasihat baik -baik walaupun nada tegas .
abah takkan pukul anak kalau betul -betul salah ..
masa kecik adik selalu nyibuk duduk atas peha abah ,
bila abah layan kawan abah datang ..
pagi -pagi lagi abah hantar anak -anak pergi sekolah sebelum pergi kebun ..
lepas tu petang ,adik ikut  abah pergi sekolah agama .
tapi makin lama abah makin tak sihat .
abah dah tak boleh jalan ,
abah banyak sakit .
semua risau .tapi kenapa abah kuat sangat ?
kenapa abah tak risau ,padahal tu diri abah ?
kenapa abah boleh senyum lagi ?
kenapa abah tetap tabah ?
kenapa abah kuat ?

Abah tak pernah myusahkan orang lain malah,abah tetap menunaikan tanggungjawab seorang lelaki islam..abah tetap ke masjid tiap hari jumaat,ke rumah kenduri menggunakan kerusi roda dan kadang-kadang abah juga yang hidangkan air kepada tetamu padahal abah seorang yang LUMPUH ! Saat abah nazak ,aku lah anak yang tak di benarkan untuk cuci najis nya .Abah bisik kat kakak, ‘abah taknak adik cucikan abah sebab adik belum kahwin .. tak elok.’
ouh,abah …….. mulia nya hati abah walaupun dalam keadaan separa sedar :’)

abah ,
adik rindu abah ..
adik rindu nak dengar suara abah ,
adik rindu nak tengok abah senyum ,
adik rindu nak tengok abah marah sambil bulatkan mata ,dahi berkerut ..
adik rindu nak tengok abah makan adik masak ,
adik rindu nak potong kuku kaki abah ,
adik rindu nak teman abah pergi hospital ,
adik rindu nak tengok cerita hindustan sesama ngan abah ..
adik rindu nak dengar abah ketuk pintu bilik adik ajak terawih ,
dan banyak lagi adik rindu ..
tapi takpe abah ..
adik Redha ..
19 tahun adik ada dengan abah ..
dan adik bangga ada bapa macam abah .
kini,
Tiada lagi insan yang berkerusi roda biru yg berlegar-legar di hadapan rumah,
Tiada lagi insan berserban putih berkerusi roda menuju ke masjid tiap jumaat lagi,
Tiada lagi kedengaran suara lelaki tua merdu mmbaca Quran di rumah..
Hanya' KERUSI RODA BIRU' yang tersadai di tepi rumah tanpa empunya..


abah,adik dah 23..
dah layak untuk jadi isteri dan ibu kepada anak-anak ..
tapi, jodoh adik belum sampai .
dan jika di beri pilihan ..
lelaki seperti abah yang adik inginkan .
yang kuat dan tabah terhadap diri sendiri,
seorang yang lembut terhadap isteri ,
penyayang terhadap anak-anak ..
tak pernah mengeluh cari nafkah untuk besarkan kami enam beradik ..
sayangku terhadap abah takkan pernah hapus sehingga hujung nyawa ku.
Al-Fatihah ..

Abah menjadi inspirasi dalam hidup aku untuk menjadi kuat dan tabah walau apapun Allah beri dalam hidup.6 tahun abah lumpuh .. tak pernah merungut dan menyalahkan takdir. Abah kuat sangat .Sehingga saat akhir ,abah senyum di jemput ilahi..
                                                                                                       

                                


                                

Iloveyou abah :’) al-Fatihah ..



ok, ni je yang aku taip untuk contest tu.


then, suprising.. i won 2nd place !! tak perasan pon aku menang,
member yang mention kat instag. aku pon scroll . jyeeaah. MENANG .. kalahkan 200 yang hantar hoi.
bukan hadiah yang mintak tapi rasa di hargai bila penulisan kita di hargai... hee :P


                                

k, tu je nak tuliss . byee ..  
thanx membaca :)





2 comments:

hey ,u can post your comment here !
thanx :) for read & comment yaww !